FOTO dari stesen penyiar tempatan menunjukkan kesan kejadian berkenaan. FOTO NBCdfw
FOTO dari stesen penyiar tempatan menunjukkan kesan kejadian berkenaan. FOTO NBCdfw
AFP

Washington: Dua juruterbang Amerika Syarikat terselamat selepas pesawat dinaiki mereka ketika latihan terhempas di laman belakang sebuah rumah di kejiranan Fort Worth, Texas.

Kejadian menyebabkan tiga rumah penduduk mengalami kerosakan.

"Bagaimanapun, tiada orang awam yang cedera. Juruterbang sudah dihantar ke hospital," kata pihak berkuasa.

Difahamkan, juruterbang menyelamatkan diri dengan payung terjun sebelum pesawat itu terhempas.

Menurut Pusat Arahan Latihan Udara Tentera Laut Amerika Syarikat (CNATRA), pesawat terbabit adalah T-45C Goshawk yang sering digunakan untuk latihan.

Ia dikatakan terhempas kira-kira tiga kilometer dari pangkalan tentera Fort Worth.

Punca kejadian masih belum diketahui.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 September 2021 @ 9:51 AM