JURUTERBANG pesawat F-16 tentera udara Belgium yang tersangkut di kabel elektrik.
JURUTERBANG pesawat F-16 tentera udara Belgium yang tersangkut di kabel elektrik.
AFP

Seorang juruterbang pesawat F-16 tentera udara Belgium tersangkut di kabel elektrik selama dua jam selepas pesawatnya terhempas di barat Perancis, kata pegawai.

Jet berkenaan yang tidak membawa senjata dalam satu latihan penerbangan dari Belgium ke sebuah pangkalan di Perancis.

Bahagian sayap jet itu terhempas di beberapa rumah di Pluvigner tetapi tiada mangsa dilaporkan maut atau cedera.

“Juruterbang dan pembantu juruterbang berjaya keluar dari pesawat sebelum terhempas. Mereka berjaya dikesan dan selamat.

“Bagaimanapun, seorang juruterbang terpaksa diselamatkan selepas payung terjunnya tersangkut di kabel elektrik berkuasa tinggi selama dua jam,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

JHO LOW.
JHO LOW.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 September 2019 @ 9:24 PM