KANAK-KANAK memegang bendera AS ketika melihat perarakan 4 Julai sempena hari kemerdekaan di Pottstown, Pennsylvania. FOTO AFP.
KANAK-KANAK memegang bendera AS ketika melihat perarakan 4 Julai sempena hari kemerdekaan di Pottstown, Pennsylvania. FOTO AFP.
BERNAMA

Washington: Amerika Syarikat bersedia menyuntik vaksin booster Covid-19 sejurus pakar mengesyorkannya, kata Koordinator Pasukan Tindakan Koronavirus Rumah Putih, Jeffrey Zients pada Ahad.

"Apa yang saya boleh beritahu, jika booster diperlukan, kita sudah bersedia sebagaimana kita berjuang sepanjang tempoh pandemik ini.

"Kita mempunyai pelan kontingensi. Kita mempunyai bekalan, jadi jika keputusan dibuat bahawa booster diperlukan, maka kita sudah sedia.

"Tetapi keputusan itu belum lagi dibuat oleh saintis mahupun doktor," katanya kepada CBS News.

Beliau menambah, pakar kesihatan akan membuat keputusan berhubung perkara itu selepas mengumpul secukupnya data daripada kajian klinikal.

Berikutan penularan varian Delta di seluruh dunia, beberapa negara seperti United Kingdom dan Jerman sedang bersiap sedia dengan kempen vaksinasi suntikan ketiga atau booster untuk menangani wabak itu, lapor Sputnik.

AS sudah melengkapkan keseluruhan dos vaksin kepada 156,982,549 penduduknya, iaitu 47.3 peratus daripada populasi negara itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Julai 2021 @ 10:47 AM