Anggota Pengawal Kebangsaan AS melakukan kawalan keselamatan di kawasan bangunan Capitol AS. FOTO AFP
Anggota Pengawal Kebangsaan AS melakukan kawalan keselamatan di kawasan bangunan Capitol AS. FOTO AFP
AFP

Washington: Lelaki bersenjata ditahan pihak berkuasa tempatan di pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran bangunan Capitol Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lelaki dikenali sebagai Wesley Allen Beeler, menetap di Virginia dilaporkan menggunakan dokumen palsu bagi memasuki kawasan larangan iaitu lokasi Presiden yang dipilih AS, Joe Biden bakal mengangkat sumpah Rabu ini.

Pihak berkuasa memaklumkan, mereka menemukan pistol Glock yang disimpan dalam kenderaannya malah Beeler juga mengakui memiliki senjata berkenaan.

Dalam kenyataan berasingan, pihak berkuasa dilaporkan menemukan lebih 500 peluru dalam kenderaan berkenaan.

Washington kini dalam keadaan berjaga-jaga menjelang majlis mengangkat sumpah Biden, Rabu ini.

Langkah itu diambil berikutan berlaku serangan di bangunan Capitol pada 6 Januari lalu yang didalangi penyokong Donald Trump.

Pentagon mengerahkan seramai 25,000 anggota Pengawal Kebangsaan AS ke pusat pentadbiran kerajaan sebagai langkah keselamatan dan mengawal majlis pelantikan Joe Biden sebagai Presiden ke-46.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2021 @ 12:57 PM