GAMBAR fail menunjukkan penduduk memindahkan barangan selepas kediaman mereka dilanda banjir. FOTO Agensi.
GAMBAR fail menunjukkan penduduk memindahkan barangan selepas kediaman mereka dilanda banjir. FOTO Agensi.
BERNAMA

Antananarivo: Angka kematian akibat ribut tropika Cheneso yang melanda Madagascar meningkat kepada 16 nyawa manakala 19 orang masih hilang, menurut laporan Pejabat Pengurusan Risiko dan Bencana Negara (BNGRC) pada Khamis.

Seramai 55,421 orang dilaporkan terjejas di 15 wilayah dan 13,356 rumah ditenggelami air manakala 500 kediaman musnah, menurut BNGRC.

Cheneso membadai pantai timur laut negara itu pada 19 Januari dan kini menuju barat daya pada kelajuan 7 kilometer (km) sejam akan bergerak lebih 130 km dua hari akan datang.

Amaran kuning dikekalkan di kawasan selatan dan barat daya negara; dan hujan 40 milimeter (mm) hingga 80 mm dijangka berterusan dalam tempoh 24 jam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2023 @ 11:33 AM