BOLETTI
BOLETTI
Agensi

LOMBARDY, Itali: Disebabkan gagal mengajar ayam jantan, seorang lelaki berusia 83 tahun didenda 166 euro (RM824).

Ini kerana ayam berkenaan berkokok terlalu awal setiap hari sekitar jam 4.30 pagi sehingga menimbulkan rasa kurang senang jirannya.

Angelo Boletti, pesara dari bandar Castiraga Vidardo didapati melanggar undang-undang tempatan apabila pemilik perlu memastikan haiwan peliharaan berada dalam jarak minimum 10 meter dari rumah berhampiran.

Namun, masalah lebih besar dihadapi apabila ayam yang diberi nama Carlino berkokok terlalu awal menyebabkan jirannya terganggu.

Oddity Central melaporkan, selepas menerima beberapa aduan daripada penduduk, polis memulakan pemantauan terhadap rutin Carlino.

"Saya tidak tahu apa nak dikatakan. Mereka sepatutnya maklumkan saya mengenai peraturan berkaitan jarak itu. Saya tidak faham," kata Boletti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2020 @ 7:55 AM