HUNT dan baju dipakainya ketika mencuri. FOTO Metro UK
HUNT dan baju dipakainya ketika mencuri. FOTO Metro UK
Metro UK

Texas: Penggunaan baju tertera perkataan 'berak' ketika mencuri mengundang padah apabila elemen itu menjadi antara punca seorang pencuri berjaya ditahan polis.

John Hunt mengaku mencuri di sebuah pasar raya Walmart di Wichita Fall, di sini, selepas polis berjaya mengenalpastinya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Kata polis, baju dipakai John Hunt memudahkan mereka melakukan pengesanan.

"Antara barang yang dicuri Hunt adalah dua sistem keselamatan rumah bernilai ratusan dolar," katanya.

Hunt dilaporkan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau membabitkan mencuri dan melakukan serangan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2020 @ 9:10 AM