DUA kanak-kanak di Texas di samping nenek mereka.  FOTO Agensi
DUA kanak-kanak di Texas di samping nenek mereka. FOTO Agensi
Agensi

Texas: Sungguh memilukan apabila dua beradik yang masih kecil di Amerika Syarikat tinggal bersama nenek mereka yang sudah lima hari meninggal dunia.

Daily Mirror melaporkan kanak-kanak lelaki berusia lima dan tujuh itu baru menetap bersama neneknya selama sebulan sebelum tragedi berlaku.

Connie Taylor, 71, meninggal dunia secara mengejut di rumahnya di Talty, Texas di samping dua cucunya itu.

Selepas kematian nenek mereka, kanak-kanak itu cuba mendapatkan bantuan namun gagal kerana tidak tahu kata laluan telefon bimbit neneknya itu.

Selama lima hari, mereka mengurus sendiri keperluan harian termasuk hanya makan makanan di dapur sebelum nasib mereka diketahui guru sekolah mereka.

Kristen Zastoupil dari Sekolah Swasta Forney memberitahu Metro, kejadian itu disedarinya selepas ke rumah Taylor apabila dua beradik itu tidak hadir ke sekolah.

Polis mengesahkan, keadaan dua beradik itu stabil dan sihat, namun masih trauma dengan kejadian menimpa mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 7:01 AM