Barbara terlalu obses untuk kelihatan seperti Barbie sejak kecil. FOTO Agensi
Barbara terlalu obses untuk kelihatan seperti Barbie sejak kecil. FOTO Agensi
Agensi

Budapest: Selepas membelanjakan £135,000 (RM726,953) untuk pembedahan plastik yang menjadikan dia seperti Barbie, wanita ini memaklumkan dia terlalu 'mahal' untuk bekerja.

Barbara Luna Sipos, 22, mengakui ketaasubannya terhadap Barbie bermula sejak kecil lagi.

Dia mengimpikan untuk menjadi 'patung hidup' satu hari nanti dan akhirnya membelanjakan £135,000 untuk imej itu yang dibiayai bekas suaminya.

Barbara berkata, dia sentiasa mahu kelihatan seperti watak fantasi atau patung manusia.

"Memori zaman kanak-kanak saya bermula dengan bermain patung Barbie dan saya mula berangan menjadinya pada usia 17 tahun," akuinya.

Barbara sudah menjalani 10 pembedahan plastik, mengubah saiz payudaranya daripada 34B kepada 34F, selain dagu dan rahang berbentuk V, dahi, kening, bibir dan bahagian kemaluan.

Sejak pembedahan itu, dia berhenti kerja sebagai penyambut tetamu kerana mengganggap wajah dan karismanya boleh menyebabkan lelaki 'gila'.

"Saya sedar pekerjaan seperti ini tidak sesuai untuk saya yang tinggal di kawasan di mana masyarakatnya melihat wanita cantik sebagai tidak berpeluang mengekalkan pekerjaan atau diberi kedudukan tinggi tanpa menawarkan seks kepada lelaki, yang mana saya tidak mahu lakukannya," katanya.

Dia juga cuba bergaul dengan orang yang berfikiran terbuka kerana suka menarik perhatian mereka untuk membuktikan dia bukanlah 'bimbo tidak berakal'.

Di sebalik semua prosedur yang dilakukan untuk menjadi Barbie, Barbara tidak merancang mengurangkan pembedahan, tetapi bercadang melaksana rhinoplasti fasa ketiga, pembedahan membuang rusuk dan suntikan di punggung.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 7:00 AM