LELAKI memakai penutup mulut dan hidung melalui Coliseum di Rom. FOTO AFP
LELAKI memakai penutup mulut dan hidung melalui Coliseum di Rom. FOTO AFP
AFP

ROM: Itali bersedia untuk laksana perintah kuarantin 10 juta penduduk di sekitar ibu negaranya, Milan dan bandar pelancongan Venice, untuk tempoh sebulan.

Ia bagi mengekang penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Draf kerajaan bagi langkah itu diterbitkan menerusi media Itali menyatakan perintah itu hingga 3 April.

Bagaimanapun, tidak pasti bila tarikh ia berkuat kuasa.

Itali kini merekodkan 5,883 kes Covid-19 dengan 233 kematian dalam tempoh tujuh minggu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2020 @ 8:59 AM