GAMBAR fail menunjukkan kapal persiaran Grand Princess. FOTO AFP/ INTERPRESS
GAMBAR fail menunjukkan kapal persiaran Grand Princess. FOTO AFP/ INTERPRESS
Reuters

LOS ANGELES: California mengumumkan darurat selepas seorang individu di negeri itu meninggal dunia akibat koronavirus baharu (Covid-19).

Ia diumumkan oleh Gabenor California Gavin Newsom beberapa jam selepas laporan kematian mangsa.

Difahamkan, individu maut itu sudah berusia dan mungkin mengikuti pelayaran kapal persiaran antara San Francisco dan Mexico, minggu lalu.

Ia adalah kematian pertama di luar Washington, yang menjadi kluster wabak itu di Amerika Syarikat.

Setakat ini, 11 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, sebuah kapal persiaran Grand Princess tidak dibenarkan berlabuh sehingga semua penumpangnya menjalani ujian saringan Covid-19.

Kapal itu sebelum ini belayar ke Hawaii sebelum kembali ke San Francisco.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2020 @ 2:27 PM