JALAN ke Lapangan Terbang Tianhe Wuhan yang lengang. FOTO Edward Wang/ Reuters.
JALAN ke Lapangan Terbang Tianhe Wuhan yang lengang. FOTO Edward Wang/ Reuters.
AFP

Beijing: Kes jangkitan koronavirus di China meningkat kepada 42,638, dengan hampir 2,500 kes baharu dilaporkan.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan melaporkan 108 kematian lagi direkodkan, dengan 103 daripadanya di Hubei, wilayah terjejas teruk akibat penularan wabak berkenaan.

Ia menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus di China kepada 1,016 orang.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 9:06 AM