ORANG ramai memakai penutup hidung dan mulut di Beijing. AFP
ORANG ramai memakai penutup hidung dan mulut di Beijing. AFP
AFP

Wuhan: Angka korban akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 54 orang.

Di Hubei, wilayah paling teruk terjejas, 13 kes kematian lagi dan 323 kes baharu dilaporkan.

Setakat ini, lebih 1,610 kes jangkitan di seluruh negara disahkan.

Ratusan doktor tentera kini dikerahkan ke Hubei dan pihak berkuasa berusaha membina hospital baharu untuk menempatkan pesakit wabak berkenaan.

Virus itu juga sudah tersebar di seluruh China dan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Australia.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 January 2020 @ 8:29 AM