Hospital Jinyintan, Wuhan menempatkan pesakit yang dirawat kerana pneumonia akibat virus baharu itu. FOTO Reuters.
Hospital Jinyintan, Wuhan menempatkan pesakit yang dirawat kerana pneumonia akibat virus baharu itu. FOTO Reuters.
AFP

Beijing: Lelaki berusia 80 tahun, individu keempat yang maut selepas dijangkiti wabak koronavirus baharu yang dikaitkan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), di China.

Pihak berkuasa melaporkan bahawa lelaki berkenaan meninggal dunia di Wuhan, tengah negara itu, Ahad lalu, selepas mengaku mengalami kesukaran untuk bernafas.

Setakat ini, lebih 200 orang di bandar berkenaan sudah dijangkiti virus berkenaan.

Koronavirus meliputi virus yang menyebabkan selesema sehingga kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Virus sama juga menyebabkan masalah kesihatan lebih serius seperti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 9:33 AM