GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

BERLIN: Kerajaan Jerman hari ini, meluluskan undang-undang baharu yang melarang ‘terapi penukaran’ yang direka untuk memaksa heteroseksual ke atas homoseksual.

Undang-undang yang bakal diperkenalkan tahun hadapan, akan menghukum pengamal berkenaan sehingga setahun penjara dan denda maksima 30,000 euro (RM138,000).

“Homoseksual bukan penyakit, justeru perkataan ‘terapi’ disalah guna,” kata Menteri Kesihatan, Jens Spahn.

Sebaik ia diluluskan, Jerman bakal menjadi negara kedua Eropah yang meluluskan larangan itu selepas Malta pada 2016. Terdapat kira-kira 1,000 percubaan setahun untuk ‘mendidik semula’ golongan gay.

Spahn berkata, perbuatan yang dikatakan terapi itu menyebabkan ‘kerosakan teruk pada fizikal dan psikologi’.

Beberapa pakar perubatan menganggap, campur tangan psikologi atau kerohanian untuk mengubah orientasi seksual seseorang adalah pseudo saintifik, tidak berkesan dan sering membahayakan.

Teknik yang paling kontroversi membabitkan kejutan elektrik apabila subjek terbayang imej perlakuan homoseksual atau suntikan testosteron hormon lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Disember 2019 @ 9:34 PM