GAMBAR imbasan X-ray dan bebola magnet yang berjaya dikeluarkan dari pundi kencing budak lelaki itu. FOTO Agensi
GAMBAR imbasan X-ray dan bebola magnet yang berjaya dikeluarkan dari pundi kencing budak lelaki itu. FOTO Agensi
Agensi

BEIJING: Tidak tahu apa puncanya, seorang budak lelaki berusia 12 tahun memasukkan 31 bebola magnet dalam kemaluannya hingga ia tersumbat di pundi kencing.

Lebih mengejutkan budak lelaki itu yang berasal dari Wuhan di wilayah Hubei hanya dibawa ke hospital kira-kira 70 hari kemudian selepas dia mengadu sakit perut yang teruk.

Doktor pada mulanya mengesyaki sesuatu yang pelik membuat imbasan X-ray dan terkejut melihat objek bebola kecil yang bersambung daripada kemaluannya hingga ke pundi kencing.

Dr Wang Jun yang menjalankan prosedur mengeluarkan bebola itu berkata, ia sukar dikeluarkan kerana sifat magnetiknya dan licin.

“Kami bertanya kepada budak itu bagaimana bebola itu boleh berada di dalam pundi kencingnya.

“Budak itu akhirnya mengaku dia sendiri memasukkan bebola itu kira-kira 70 hari lalu dan takut untuk memberitahu ibu bapanya,” katanya.

Menurutnya, doktor terpaksa mengepam udara ke dalam pundi kencing budak itu bagi memudahkan mengesan dan menarik keluar bebola magnet berkenaan.

Menurutnya, semua 31 bebola magnet berkenaan berjaya dikeluarkan dan budak lelaki itu dijangka pulih sepenuhnya selepas beberapa hari dirawat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 November 2019 @ 7:27 AM