KANAKOTA dipercayai dipukul dengan besi yang mempunyai duri biasa digunakan mengawal gajah. FOTO AGENSI
KANAKOTA dipercayai dipukul dengan besi yang mempunyai duri biasa digunakan mengawal gajah. FOTO AGENSI
Agensi

COLOMBO: Amat menyayat hati apabila seekor gajah dipercayai mati akibat kepenatan selepas dipaksa membawa pelancong di taman safari di Sri Lanka.

Daily Mail melaporkan, kejadian pada 16 Oktober lalu dilihat menerusi satu rakaman video yang menunjukkan gajah jantan berusia 18 tahun itu, Kanakota terbaring selepas membawa pelancong.

Menurut kumpulan aktivis haiwan, gajah terbabit membawa tiga kumpulan pelancong sebelum ia mati.

Katanya, Kanakota dipercayai dipukul dengan besi yang mempunyai duri pada bahagian hujungnya dan biasa digunakan untuk membantu mereka mengawal gajah.

Pelancong dikenakan bayaran sebanyak AS$ 30 (RM124) untuk dibawa ke kawasan tumpuan pelancongan di Sigiriya yang memakan masa sehingga sejam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 11:02 AM