PENDUDUK tempatan menggunakan beca mengharungi kawasan yang terjejas akibat banjir di Patna, India. FOTO AFP
PENDUDUK tempatan menggunakan beca mengharungi kawasan yang terjejas akibat banjir di Patna, India. FOTO AFP
AFP

PATNA (INDIA): Jumlah mangsa yang maut akibat hujan lebat monsun di timur India dilaporkan mencecah hampir 140 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD), hujan lebat itu adalah paling buruk sejak 1994 dan kali ini tempohnya dijangka lebih panjang berbanding biasa, lapor AFP.

Sejak lebih empat hari lalu, 111 orang dilaporkan mati di Uttar Pradesh manakala 28 lagi di Bihar, kata jurucakap kerajaan.

Manakala seramai 900 banduan terpaksa dipindahkan dari penjara daerah Ballia, Uttar Pradesh untuk melindungi keselamatan dan kesihatan mereka selepas kompleks itu dilanda banjir.

Penduduk di Patna pula terpaksa menggunakan bot untuk menyelamatkan diri daripada rumah masing-masing yang ditenggelami air.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 3:20 PM