Masjid Al-Aqsa. FOTO Agensi
Masjid Al-Aqsa. FOTO Agensi
AFP

AMMAN: Jordan memanggil duta Israel untuk membantah tindakan mereka yang mencemar kesucian kawasan Masjid Al-Aqsa selepas bertempur dengan jemaah Palestin ketika menunaikan solat sunat Aidiladha minggu lalu.

AFP melaporkan, Kementerian Luar Jordan memanggil duta terbabit, Amir Weissbrod untuk menyuarakan kritikan mereka apabila pihak berkuasa Israel mencemar kawasan paling sensitif itu.

Bantahan diplomatik itu dilakukan beberapa hari selepas Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan dilaporkan memberitahu kepada sebuah stesen radio bahawa mereka harus berusaha membenarkan Yahudi beribadat di tapak suci terbabit.

Minggu lalu, pertempuran berlaku di perkarangan masjid berkenaan ketika umat Islam dan Yahudi menyambut hari kebesaran masing-masing iaitu Aidiladha dan Tisha B’av.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 11:49 AM