KILANG mancis terbakar di Sumatera Utara. FOTO/AGENSI
KILANG mancis terbakar di Sumatera Utara. FOTO/AGENSI
AFP

Jakarta: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh termasuk beberapa kanak-kanak selepas sebuah rumah yang dijadikan kilang membuat mancis api Binjai, Sumatera Utara terbakar hari ini, kata pihak berkuasa.

Beberapa gambar di lokasi kejadian menunjukkan beberapa mayat rentung di atas lantai kilang itu yang terbakar pada tengah hari tadi.

“Kami tidak tahu punca kebakaran ini tetapi ia sudah dipadamkan,” kata ketua agensi penyelamat Sumatera Utara, Riadil Lubis.

Katanya, sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak maut dalam kejadian itu.

“Kami sudah menghantar pasukan di sana untuk menyiasat kejadian ini,” jelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 6:01 PM