PEMBEDAHAN berjaya dilakukan dengan mengeluarkan gigi susu ketujuh yang tumbuh dalam buah zakar budak itu.
PEMBEDAHAN berjaya dilakukan dengan mengeluarkan gigi susu ketujuh yang tumbuh dalam buah zakar budak itu.
Agensi

MOSCOW: Doktor di Russia melakukan pembedahan pelik dan jarang berlaku apabila mengeluarkan gigi yang tumbuh dalam buah zakar seorang budak lelaki berusia 13 tahun, minggu lalu.

Pembedahan di Hospital Kanak-kanak Morozov, Moscow, itu dilakukan pakar bedah Dmitry Tarusin yang juga urologi kanan kanak-kanak dan ahli andrologist.

Menurut laporan Daily Mail, pemeriksaan mendapati ada objek asing dalam buah zakar remaja itu yang kelihatan seperti batu dalam buah pinggang.

Pembedahan kemudian menemui gigi susu ketujuh tumbuh dalam buah zakar budak itu, bukan di rahang remaja itu seperti sepatutnya.

Menurut kenyataan hospital bekenaan, fenomena yang amat jarang ditemui itu berlaku disebabkan tumor ‘teratid’ yang wujud sebelum kelahiran akibat kegagalan sel stem.

“Masalah itu bermula dari ‘proses genetik ketika tempoh pra-natal.’

“Gigi berkenaan adalah gigi susu ketujuh pada rahang atas. Ia digantikan dengan gigi kekal pada usia 10 hingga 12 tahun.

“Sains pergigian mempunyai contoh gigi yang tumbuh dalam paru-paru tetapi tumbuh dalam buah zakar adalah kes sangat unik,” kata hospital berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 8:36 PM