MAHARAJA Akihito (kanan) ketika menghadiri upacara turun takhta. -Foto Reuters
MAHARAJA Akihito (kanan) ketika menghadiri upacara turun takhta. -Foto Reuters
AFP

TOKYO: Maharaja Akihito, 85, menghadiri upacara keagamaan sebagai persediaan terakhir sebelum turun takhta daripada era pemerintahannya sejak lebih 200 tahun lalu.

AFP melaporkan, Akihito akan melepaskan takhta kepada anaknya, Putera Mahkota Naruhito, 59, sekali gus memulakan era baru pemerintahan diraja dikenali sebagai ‘Reiwa’ atau kecantikan harmoni,

Acara utama dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang (waktu tempatan) apabila maharaja itu akan turun takhta dalam majlis selama 10 minit di Istana Imperial.

Majlis itu diadakan secara tertutup namun terdapat sekumpulan individu berkumpul di luar istana di Tokyo itu sejak pagi tadi biarpun cuaca mendung dan hujan.

Akihito mengejutkan seluruh rakyat Jepun ketika mengumumkan hasrat untuk turun takhta pada 2016 disebabkan faktor usia dan masalah kesihatannya selepas menjalani rawatan kanser prostat serta pembedahan jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 3:43 PM