GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

QUETTA (PAKISTAN): Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah pasar buah di barat daya bandar Quetta, Pakistan.

AFP yang memetik jurucakap kanan polis, Abdul Razaq Cheema berkata, kejadian dilaporkan berlaku di penempatan Hazarganji di Quetta.

“Kita menemui 14 mayat mangsa manakala 15 orang lagi cedera dalam letupan itu,” katanya.

Jumlah mangsa yang terkorban itu kemudiannya turut disahkan oleh pihak hospital.

Abdul Razaq berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada etnik minoriti Hazara yang menjadi sasaran penyerang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2019 @ 2:07 PM