GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

SEOUL : Syarikat penerbangan Korean Air Lines menghentikan menghidang kacang sebagai makanan ringan kepada penumpang selepas dua beradik lelaki gagal menaiki penerbangan akibat masalah alahan teruk terhadap kacang itu.

Ibu bapa dua beradik itu dalam satu kenyataan kepada media awal bulan ini berkata, kedua-dua anak lelaki mereka tidak dapat menaiki pesawat kerana syarikat penerbangan Korea Selatan itu enggan memenuhi permintaan mereka supaya tidak dihidangkan kacang.

Menurut laporan beberapa media termasuk USA Today dan Good Morning America, kedua-dua beradik berkenaan dalam perjalanan dari Atlanta ke Filipina namun terkandas di Seoul.

Dua beradik itu tidak dapat menaiki pesawat kerana Korean Air enggan menuruti permintaan mereka supaya tidak menghidangkan kacang kepada penumpang berhampiran walaupun diberitahu seorang daripada remaja itu mengalami alahan yang sangat teruk terhadap kacang.

Korean Air dalam satu kenyataan memberitahu, syarikat itu akan mengeluarkan makanan mengandungi kacang dalam tempoh beberapa minggu.

“Keputusan untuk menghentikan produk kekacang dan bahan mengandungi makanan itu adalah langkah keselamatan minimum untuk penumpang yang mempunyai alahan,” kata kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2019 @ 12:42 PM