FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
AFP

New Delhi: Dua beradik ditahan polis di India kerana dipercayai merogol adik perempuan mereka berusia 12 tahun sebelum mangsa dipenggal kepala dengan sabit.

AFP melaporkan, bapa saudara mereka berusia 40 tahun turut ditahan dan polis juga sedang memburu abang kandung mangsa selepas mayatnya ditemui di Madhya Pradesh, minggu lalu.

Dua beradik berkenaan cuba menyalahkan keluarga lain sebelum polis di daerah Sagar mendapat kenyataan mereka bercanggah selain abang sulung melarikan diri.

“Itu adalah petunjuk besar kes ini. Tiga beradik itu dan bapa saudara mereka terbabit merogol mangsa dan apabila dia mengugut ingin membuat laporan polis, mangsa dicekik hingga mati, dipenggal kepala dengan sabit sebelum mayat dibuang,” kata Superintendan Polis Amit Sanghi.

Menurutnya, hasil bedah siasat mengesahkan bahawa mangsa dirogol beramai-ramai terdapat perbuatan seks pelik.

“Saya tidak pernah melihat jenayah seperti ini. Malah, peguam mengatakan mereka tidak mahu mewakili tertuduh dalam kes ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 3:44 PM