KAWASAN serangan itu  sering dikejutkan dengan insiden letupan bom, sejak militan Kurdish YPG Syria yang disokong Washington diusir dari Afrin oleh kumpulan bersenjata yang disokong negara Arab, pada tahun lalu. FOTO/AGENSI
KAWASAN serangan itu sering dikejutkan dengan insiden letupan bom, sejak militan Kurdish YPG Syria yang disokong Washington diusir dari Afrin oleh kumpulan bersenjata yang disokong negara Arab, pada tahun lalu. FOTO/AGENSI
Reuters

Amman: Sekurang-kurangnya enam maut dalam dua serangan bom kereta di dua daerah di barat laut Syria, serangan terbaru di kawasan yang dikuasai pemberontak semalam.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan seorang lelaki maut, manakala sekurang-kurangnya 20 cedera apabila sebuah kereta meletup di jalan utama, di Afrin, selepas perarakan kadet polis.

Sementara itu, di bandar Jarablus yang terletak berhampiran sempadan Turki, empat anggota pemberontak yang disokong Turki terbunuh ketika cuba mematikan sebuah bom kereta di kampung Ghandura.

Kawasan itu sering dikejutkan dengan insiden letupan bom, sejak militan Kurdish YPG Syria yang disokong Washington diusir dari Afrin oleh kumpulan bersenjata yang disokong negara Arab, pada tahun lalu.

Pemberontak sering mengaitkan insiden itu dengan pemberontak militan Kurdish.

Sebelum ini, militan YPG berjanji untuk tidak membenarkan pemberontak Arab untuk mengukuhkan penguasaannya terhadap bandar Kurdish.

Pemberontak Arab yang disokong Turki berkata, mereka akan memastikan ribuan ahli keluarga dapat pulang ke kampung halaman masing-masing, selepas diusir oleh pasukan tentera Kurdish yang disokong Washington.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Februari 2019 @ 11:29 AM