GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

ABUJA: Pihak berkuasa di barat laut Nigeria, semalam menemui 66 mayat termasuk wanita dan kanak-kanak, di kawasan yang terkenal dengan keganasan etnik dan agama.

Gabenor Kaduna, Nasir El-Rufai, berkata mayat itu ditemui di lapan buah kampung di kawasan Kajuru, kira-kira 40 kilometer di tenggara ibu negara, Kaduna.

“Agensi keselamatan hari ini melaporkan, 66 mayat itu terbunuh dalam serangan yang berunsurkan jenayah.

“Antara 66 mangsa pembunuhan itu membabitkan 22 kanak-kanak dan 12 wanita. Empat orang tercedera berjaya diselamatkan agensi keselamatan dan kini menerima rawatan perubatan.

“Kerajaan mengutuk serangan dan pemberontakan ke atas keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Buat masa ini, tiada sebarang komen segera dari pihak polis tetapi menurut El-Rufai, yang juga sekutu Presiden Muhammadu Buhari, berkata pegawai penyiasat sudah dihantar dan tangkapan akan dibuat.

Beliau turut menggesa masyarakat dan pemimpin agama agar memberi amaran kepada penduduk tempatan supaya tidak melancarkan serangan balas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Februari 2019 @ 1:22 PM