Agensi

WANITA dirakam memandu keretanya tanpa menyedari anaknya yang hanya memakai lampin tertinggal di atas kereta.

Rakaman diperoleh Nine News menunjukkan kereta itu dipandu di jalan raya kira-kira 6 petang, Jumaat lalu, dengan kanak-kanak terbabit di atas bumbungnya manakala ibunya langsung tidak menyedari anaknya sebenarnya tiada dalam kereta.

Dia juga tidak menghiraukan cubaan pemandu lain mengerlipkan lampu serta membunyikan hon untuk mendapat perhatiannya.

Nine News melaporkan, kanak-kanak itu mungkin berada di atas kereta berkenaan sekurang-kurangnya 10 minit.

Seorang saksi dipetik berkata: “Kanak-kanak itu dalam keadaan baik dan kelihatan berseronok.”

Saksi lain bagaimanapun berkata mengaku ngeri melihat kanak-kanak itu dalam keadaan itu.

Rakaman lanjut menunjukkan ibu kanak-kanak itu bercakap dengan polis selepas berhenti di stesen minyak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 January 2019 @ 6:14 PM
PETIKAN rakaman video menunjukkan kereta dipandu dengan seorang kanak-kanak berada di atas kereta. FOTO 9News
PETIKAN rakaman video menunjukkan kereta dipandu dengan seorang kanak-kanak berada di atas kereta. FOTO 9News