PUTERA Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. FOTO AFP
PUTERA Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. FOTO AFP
Reuters

WASHINGTON: Presiden Donald Trump meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MbS), bagi operasi yang membawa kepada kematian wartawan Jamal Khashoggi, menunjukkan putera itu ‘mendalangi semuanya’ di Riyadh.

Ia adalah kenyataan paling keras dikeluarkan Trump setakat ini.

Bercakap kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ) semalam, Trump berkata beliau mahu percaya dakwaan MbS bahawa pegawai bawahan perlu dipersalahkan bagi pembunuhan pada 2 Oktober lalu di konsulat Arab Saudi di Istanbul tetapi menyatakan tanggungjawab adalah kepada pihak lebih tinggi.

Ditanya mengenai kemungkinan pembabitan MbS, Trump berkata: “Putera itu mendalangi semua perkara buat sama ini.

“Beliau mengendalikan banyak benda, jadi jika ada sesiapa bertanggungjawab, beliaulah orangnya.”

Trump berkata, beliau yakin Raja Salman tidak mengetahui mengenai kejadian itu, menurut akhbar berkenaan.

Kematian Khashoggi mencetuskan kemarahan global dan mengancam hubungan antara Riyadh dan Washington selain negara Barat lain.

Dalam temubualnya dengan WSJ, Trump berkata beliau bertanya banyak kali kepada putera itu mengenai perkara berkenaan.

“Soalan pertama saya kepadanya adalah ‘Adakah kamu tahu apa-apa mengenai perancangan awal. Beliau menjawab tidak.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Oktober 2018 @ 10:37 PM