REMAJA perempuan di kem pelarian Uganda. FOTO/AGENSI
REMAJA perempuan di kem pelarian Uganda. FOTO/AGENSI
AFP

PARIS: Remaja perempuan bakal menjadi mangsa utama dalam krisis kemanusiaan bermula dari perkahwinan paksa, tidak dibenarkan bersekolah dan risiko kematian 14 kali ganda lebih tinggi dari remaja lelaki.

Perkara itu akan didedahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Plan International hari ini di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) selepas membuat tiga siasatan terhadap etnik Rohingya di kem pelarian di Bangladesh, kumpulan remaja di Chad Basin dan remaja di Selatan Sudan, yang dianggap sebagai antara kawasan paling tidak stabil di dunia.

Penyelidikan itu memberi tumpuan ke atas masalah perkahwinan paksa, penculikan, penderaan seksual, perhambaan dan kekurangan peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Dalam sebuah kem pelarian padat penghuni di Uganda, kumpulan berkenaan menemuramah 249 remaja perempuan berusia 10 hingga 19 tahun dari Selatan Sudan yang menggambarkan bahawa ‘keganasan sudah menjadi satu kebiasaan di tanah air serta komuniti setempat.

“Ia bukan satu perkara mengejutkan kerana konflik di Selatan Sudan dibentuk oleh kekejaman yang berleluasa termasuk ke atas kaum wanita dan kanak-kanak, “ kata laporan berkenaan.

Laporan berkenaan juga menyebut bahawa sekurang-kurangnya seorang daripada setiap empat remaja terfikir untuk membunuh diri manakala 70 peratus lagi memberitahu, mereka tidak pernah mempunyai makanan yang mencukupi.

Di Chad Basin pula, seorang daripada setiap tiga remaja memberitahu bahawa mereka tidak berasa selamat di rumah sendiri, seorang daripada setiap lima remaja dipukul setiap hari manakala seorang daripada sepuluh remaja mengalami penderaan seksual.

Dari 449 remaja perempuan yang ditemuramah di Nigeria, Niger dan Cameroon, dua pertiga daripadanya terpisah daripada ayah berikutan konflik manakala 30 peratus lagi terpisah daripada kedua-dua ibu bapa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 September 2018 @ 11:29 AM