RATUSAN anak ayam berkeliaran di tapak pelupusan sampah yang dimuat naik Bayramov. - Daily Mail
RATUSAN anak ayam berkeliaran di tapak pelupusan sampah yang dimuat naik Bayramov. - Daily Mail

Tbilisi: Penduduk di Marneuli, Georgia gempar dengan kehadiran ratusan anak ayam yang berkeliaran selepas telur yang dibuang menetas di sebuah tapak pelupusan sampah berhampiran kawasan berkenaan.

Penternak ayam membuang semua telur berkenaan di sebuah pasar kerana menyangkakan ia sudah busuk sebelum dihantar ke tempat pelupusan berkenaan.

Bagaimanapun, cuaca panas di kawasan itu menyebabkan telur berkenaan menetas selang beberapa hari kemudian.

Dalam tempoh beberapa jam saja, ratusan anak ayam berlari berkeliaran sambil mencari ibunya.

Penduduk, Sahid Bayramov sempat memuat naik video yang menunjukkan keadaan memeranjatkan itu.

“Banyak telur dibuang berhampiran kawasan dikenali sebagai Pasar Komoditi.

“Selepas beberapa hari, keadaan memeranjatkan penduduk,” tulisnya pada video berkenaan. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Jun 2018 @ 6:02 AM