Imbasan X-ray menunjukkan mangga yang tersangkut dalam pundi kencing seorang lelaki di Fuzhou, China.
Imbasan X-ray menunjukkan mangga yang tersangkut dalam pundi kencing seorang lelaki di Fuzhou, China.
Agensi

JIKA doktor hairan, kita lagi hairan bagaimana seorang lelaki di Fuzhou, wilayah Fujian, boleh memasukkan mangga kecil ke dalam saluran kencingnya yang kemudian tersangkut dalam pundi kecing.

Menurut laporan Pear Video, lelaki berusia 31 tahun berkenaan memasukkan mangga itu ketika berada di rumahnya untuk ‘kepuasan seks’, pada 14 November lalu.

Imbasan X-ray menunjukkan mangga berkenaan tersangkut dalam pundi kencingnya dan lelaki terbabit memberitahu doktor dia mempunyai tabiat ‘bermain’ dengan organ seksnya itu.

Menurut laporan portal metro.co.uk, selepas melakukan ujian diperlukan, doktor menebuk lubang pada punci kecingnya bagi mengeluarkan objek berkenaan.

Lelaki itu masih dirawat dihospital selepeas pembedahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 6:47 PM