Penduduk yang dipindahkan ditempatkan di pusat perlindungan sementara di Klungkung, Bali. - Foto ANTARA via REUTERS
Penduduk yang dipindahkan ditempatkan di pusat perlindungan sementara di Klungkung, Bali. - Foto ANTARA via REUTERS
AFP

HAMPIR 50,000 orang meninggalkan rumah masing-masing bimbang letusan Gunung Agung yang terletak 75 kilometer dari Kuta yang aktif sejak bulan lalu.

Jurucakap agensi bencana Indonesia Sutopo Purwo Nugroho berkata, 48,540 orang meninggalkan rumah masing-masing dan ia dijangka meningkat kepada 60,0000 orang.

Jumaat lalu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran tertinggi mengenai kemungkinan gunung berapi itu akan meletus selepas 50 tahun diam dan orang ramai diarah berada sekurang-kurangnya sembilan kilometer dari gunung berkenaan.

Kira-kira 2,000 lembu juga dipindahkan.

Setakat ini, lapangan terbang antarabangsa di Denpasar belum terjejas akibat aktiviti gunung berapi itu.

Lebih 1,000 terbunuh akibat letusan Gunung Agung pada pada 1963.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2017 @ 8:08 PM