Baldi plastik berisi bahan letupan yang meletup dalam kereta api bawah tanah London dekat Parsons Green, hari ini. - Foto Daily Mail
Baldi plastik berisi bahan letupan yang meletup dalam kereta api bawah tanah London dekat Parsons Green, hari ini. - Foto Daily Mail
Agensi

BEBERAPA penumpang kereta api bawah tanah London dilapor cedera ringan selepas satu ‘bom baldi’ meletup dlaam gerabak yang sesak dengan penumpang, hari ini.

Kecederaan mereka dikatakan akibat bahang panas api bom berkenaan serta ketika penumpang berebut-rebut keluar selepas kereta api berhenti di stesen paling hampir di Parsons Green, barat London.

Seorang saksi memberitahu BBC, berlaku letupan sebelum api muncul.

Pintu gerabak dibuka di Parsons Green dan penumpang berrebut-tebut berlari keluar dengan ada yang menjerit-jerit.

Polis bersenjata, paramedik dan bomba sampai di stesen berkenaan dalam masa lima minit selepas letupan berlaku pada 8.20 pagi.

Gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan satu baldi plastik berisi kampit plastik dengan beberapa wayar elektik yang dipercayai punca letupan. Polis bagaimanapun, masih belum mengesahkan ia bom atau tidak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 5:37 PM