GAMBARAN artis menunjukkan mamot yang pupus sejak ribuan tahun lalu.
GAMBARAN artis menunjukkan mamot yang pupus sejak ribuan tahun lalu.
PEMBURU sanggup tinggal di hutan selama berbulan-bulan untuk memburu kubur mamot.
PEMBURU sanggup tinggal di hutan selama berbulan-bulan untuk memburu kubur mamot.
DIHURUNG ribuan nyamuk antara cabaran yang dihadapi pemburu mamot di Siberia ini.
DIHURUNG ribuan nyamuk antara cabaran yang dihadapi pemburu mamot di Siberia ini.
SEORANG pemburu menunjukkan tanduk badak sumbu yang ditemuinya.
SEORANG pemburu menunjukkan tanduk badak sumbu yang ditemuinya.
PEMBURU sanggup menanggung risiko dengan menggali terowong menggunakan air bertekanan tinggi.
PEMBURU sanggup menanggung risiko dengan menggali terowong menggunakan air bertekanan tinggi.
SEORANG pemburu menggali terowong untuk mencari rangka mamot dan badak sumbu.
SEORANG pemburu menggali terowong untuk mencari rangka mamot dan badak sumbu.
GADING mamot yang berusia ratusan tahun ini menjadi sasaran kerana sangat berharga di pasaran gelap.
GADING mamot yang berusia ratusan tahun ini menjadi sasaran kerana sangat berharga di pasaran gelap.
SEORANG lelaki membawa gading gajah mamot yang ditemui di satu kawasan hutan di Siberia, Russia.
SEORANG lelaki membawa gading gajah mamot yang ditemui di satu kawasan hutan di Siberia, Russia.
Agensi

Terletak jauh di dalam hutan terpencil di Siberia, Russia terdapat rangka ribuan gajah purba mamot yang terpelihara di dalam tanah yang beku.

Bagaimanapun, rangka mamot yang tertanam sejak ribuan tahun kini mula menjadi sasaran pemburu haram.

Sejak beberapa tahun lalu, pemburu haram mula mengalihkan perhatian terhadap gading mamot yang bernilai dengan setiap satu boleh mencecah AS$30,000 (RM128,834).

Namun, mencari dan menggali tulang dan gading gajah purba berkenaan bukanlah tugas yang mudah.

Seorang jurugambar, Amos Chapple mengembara bersama pemburu ini dan menyingkap kesusahan mereka menggali rangka haiwan purba itu di hutan terpencil di Russia.

Gajah purba berbulu tebal itu menguasai hemisfera utara selama ribuan tahun sebelum pupus selepas Zaman Ais terakhir.

Untuk mencari rangka haiwan itu, pemburu mengembara ke hutan terpencil di Siberia selama berjam-jam dalam usaha mencari apa yang dipanggil ‘emas putih’ Siberia.

Malah, mereka juga perlu mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa.

Pemburu ini berdepan suhu sejuk selama berbulan-bulan, ancaman beruang dan wabak bawaan nyamuk dalam cita-cita untuk mengubah kehidupan mereka.

Satu gading mamot seberat 65 kilogram boleh dijual pada harga AS$34,000 (RM146,012).

Tanduk badak sumbu purba pula boleh dijual pada harga AS$14,000 (RM60,133). Tanduk ini biasanya dikisar menjadi serbuk dan dijual di Asia sebagai ubat.

Chapple memberitahu, risiko yang dihadapi pemburu sangat tinggi dan tiada jaminan mereka menemui apa yang mereka buru.

Apabila musim berakhir, ramai antara mereka mengalami kerugian kerana kos ekspedisi yang tinggi.

Sejak beberapa tahun, pemburu gading ini mencipta beberapa kaedah untuk mencari ‘harta karun’ yang tertanam di bawah tanah yang beku.

Pada mulanya, mereka menggunakan besi tajam untuk mencucuk tanah bagi mengesan sebarang tulang yang mungkin berada di bawahnya.

Kini, kebanyakan pemburu menggunakan air bertekanan tinggi yang dipam dari sungai berdekatan sebelum ditembak pada tanah.

Pemburu juga menggunakan kaedah sama untuk menggali terowong bawah tanah.

Chapple berkata, lokasi dilawatinya yang dia berjanji untuk tidak mendedahkan lokasinya, terdapat 50 hingga 60 pemburu mencari gading mamot setiap hari.

Semua lelaki itu tinggal serta tidur di khemah di dalam hutan dan menghabiskan sepanjang musim panas berjauhan daripada keluarga.

Chapple dapat masuk ke kawasan itu selepas membayar sekumpulan pemburu tetapi selepas itu kedatangannya tidak disukai mereka.

“Minggu pertama bersama pemburu ini saya tidak melakukan apa-apa hanya membasuh pinggan dan memotong kayu.

“Semua orang tidak mahu melihat kamera, jadi saya menunggu mereka sudah bosan menghalau saya dan terus merakamkan gambar,” katanya.

Chapple yang berasal dari New Zealand menggambarkan keadaan di kawasan itu sebagai sangat sukar.

“Sebilangan pemburu membawa senapang atau pistol untuk menghalau beruang yang banyak di kawasan ini.

“Nyamuk juga terlalu banyak di sini dan mengekori ke mana sahaja anda pergi,” jelasnya.

Menurutnya, penggunaan pam air bertekanan tinggi untuk menggali tanah menyebabkan sungai di kawasan berkenaan tercemar.

“Sungai di sini bertukar warna menjadi coklat dan ikan semuanya mati.

“Sekiranya kaedah menggali ini terus digunakan secara meluas, ekosistem di sini akan musnah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Julai 2017 @ 11:24 AM