DAUN pandan mewangikan rumah.
DAUN pandan mewangikan rumah.
Muhamaad Razis Ismail


SELAIN hiasan dalaman, bau wangi dan segar antara elemen penting yang perlu dititikberatkan dalam rumah supaya penghuni atau tetamu yang berkunjung berasa lebih selesa.

Bau yang tidak menyenangkan bukan sahaja menimbul rasa tidak selesa, malah memberi persepsi negatif terhadap tahap kebersihan pemilik rumah.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan bau yang tidak menyenangkan di sesebuah rumah termasuk tidak membersihkan ruang, pengurusan sampah yang tidak sistematik, haiwan peliharaan dan pakaian kotor.

Tahukah anda selain daripada menggunakan pewangi ada beberapa kaedah lain boleh digunakan untuk memastikan rumah anda sentiasa wangi dan segar:

1. Tanam pokok hiasan dalaman

Pokok hiasan bukan sahaja berfungsi sebagai landskap yang mampu mencantikkan ruang dalam rumah, malah berfungsi membersihkan udara dan mengekalkan kelembapan udara. Malah, ada

pokok yang mampu menghasilkan bau wangi. Antara pokok yang sesuai termasuk Monstera Deliciosa (Swiss Cheese Plant), Pink Princess Philodendron, Silver Sword dan Philodendron Florida Green.

2. Daun pandan

Daun pandan sering digunakan sebagai penaik 'bau' hidangan. Namun, pada masa sama daun ini juga boleh digunakan untuk mewangikan rumah dengan diletakkan di kawasan yang diinginkan selain mampu menghalau serangga.

3. Cuci karpet

Karpet mempunyai kemampuan menyerap sehingga sukar untuk mengesan tumpahan dan kotoran menyebabkan bau yang tidak hapak menyenangkan. Oleh itu, sentiasa pastikan karpet sentiasa dibersihkan dan dijemur supaya ia kering sepenuhnya.

4. Sentiasa membuka tingkap

Pastikan tingkap sentiasa dibuka supaya udara dapat keluar dan masuk. Teknik dapat membuatkan udara lebih bersih dan mengurangkan bau yang tidak menyenangkan.

5. Lap perabot

Mengelap perabot bukan sahaja dapat membersihkan kotoran yang tidak kelihatan dan menghilangkan habuk, malah dapat menjadikan rumah berbau wangi dan segar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2023 @ 6:55 AM