Kuala Lumpur: Dengan permulaan penggal persekolahan 2024/2025 semakin hampir pada Mac nanti, ibu bapa sedang sibuk bersiap sedia untuk musim Kembali ke Sekolah ini.

Dengan peningkatan kos sara hidup dan keperluan lain, ibu bapa akan menjadi lebih sukar untuk menyediakan keperluan persekolahan yang diperlukan, terutamanya ibu bapa yang kali pertama menghantar anak ke sekolah.

Sehubungan itu, Kumpulan MR DIY (M) Berhad (MR DIY) tampil untuk membantu dengan menawarkan pelbagai pilihan barangan keperluan Kembali ke Sekolah yang berpatutan pada Always Low Prices.

Dari 15 Februari hingga 15 Mac 2024, inisiatif Kembali ke Sekolah menampilkan pelbagai keperluan sekolah pada harga diskaun sehingga 30 peratus.

Barangan yang diberi potongan harga termasuk pelbagai jenis beg seperti beg bahu, beg tote, dan beg galas, serta alat-alat tulis termasuk pensel warna, set pensel, pen gel, pen penyerlah, pita pembetulan, bekas pensel, gam, buku nota, fail dan kalkulator saintifik.

Mengulas mengenai inisiatif itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka termasuk memastikan tiada tekanan dalam membuat persediaan apabila penggal baharu persekolahan semakin hampir.

"Inisiatif Kembali ke Sekolah MR DIY bertujuan untuk menawarkan keperluan sekolah yang berkualiti dan mudah didapati untuk meringankan beban ibu bapa.

"Kami berusaha untuk memberikan lebih daripada sekadar nilai; kerana pada akhirnya kami mahu ibu bapa yakin untuk menghantar anak mereka pada hari pertama ke sekolah, dengan kelengkapan yang diperlukan," katanya.

Barangan sekolah lain yang ditawarkan termasuk kasut sekolah hitam pada harga RM10.90 sepasang (harga asal: RM15.90), stokin hitam antara RM1.90 hingga RM2.50 sepasang (harga asal: RM2.10 - RM3.30) dan botol air pada harga RM9.90 setiap satu (harga asal: RM12.70 - RM14.50).

Selain barang berkenaan, MR. DOLLAR juga menawarkan pilihan makanan ringan yang lazat pada harga berpatutan yang sesuai untuk dinikmati di sekolah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Februari 2024 @ 6:00 AM