PELAJAR menyertai pertandingan Mobile Legends.
PELAJAR menyertai pertandingan Mobile Legends.

Unifi, melalui cabang Unifi Mobile baru-baru ini mengadakan kempen Uni5G Own The Night Live Unstoppable untuk mempamerkan kuasa 5G untuk pelajar dan kakitangan Universiti Multimedia (MMU).

Acara yang berlangsung selama tiga hari itu mempamerkan keupayaan 5G dengan aktiviti seperti pertandingan e-sukan Mobile Legends dan Festival Muzik Senyap (Silent Music Festival) pertama di kampus di negara ini.

Festival Muzik Senyap itu mempersembahkan bakat tempatan seperti DJ Bad Habits, Luqman Podolski, Midnight Fusic dan ramai lagi.

Acara ini juga dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti lukisan mural yang bercahaya dalam gelap, bazar dan bengkel fotografi malam.

Naib Presiden Eksekutif, Unifi Mobile, Jasmine Lee berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan MMU untuk membawa acara ini kepada pelajar dan juga kakitangannya.

"Melalui kempen ini, kami telah mempamerkan bagaimana 5G boleh meningkatkan pengalaman merentas interaksi sosial, gaya hidup dan minat kreatif, juga dalam membantu menjana pendapatan sampingan mereka, membolehkan mereka memanfaatkan lebih banyak peluang melalui sambungan 5G berkelajuan tinggi.

"Ketika kami berubah ke arah menjadi syarikat teknologi yang berpaksikan insan, dengan tawaran 4G Unifi Mobile mencapai 95 peratus populasi serta pengiktirafan baru-baru ini sebagai pengalaman video mudah alih terbaik negara oleh Ookla, kami membawakan 5G kepada orang ramai kerana ketersambungan mudah alih akan memacu fasa seterusnya transformasi digital Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 September 2023 @ 7:01 AM