ACARA Pengalaman Kejuaraan Mitsubishi Triton, di Tanamera Experience, Shah Alam, hujung minggu ini.

Lizam Ridzuan

Kuala Lumpur: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sebagai pengedar utama kenderaan Mitsubishi di negara ini membawakan acara Pengalaman Kejuaraan Mitsubishi Triton buat peminat automotif di Malaysia.

Ia diadakan pada esok dan Ahad di Tanamera Experience, Shah Alam, dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Kemasukan adalah percuma.

Acara itu menyediakan peluang untuk pengunjung menaiki dan merasai kelasakan jentera trak pikap itu yang diinspirasikan daripada Rali Asia Cross Country (AXCR) menerusi pengalaman taxi ride dan pandu uji laluan lasak.

Pengunjung terawal yang mendaftar secara dalam talian juga bakal menerima kemeja-T Champion Xperience, pin tambah nilai Touch N Go RM20 dan berpeluang untuk memenangi hadiah beg North Face Explore Bardu II sebagai cabutan bertuah.

Selain itu, mereka yang membuat tempahan model-model terbaharu juga menerima tumbler gaya hidup Stanley yang menarik.

Trak pikap Triton dan Crossover Xpander masing-masing dijual pada harga bermula RM105,000 dan RM99,980.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2023 @ 9:42 AM