KHAIRIL Anuar.
KHAIRIL Anuar.

CO-OPBANK Pertama (CBP) menawarkan hadiah lebih dari RM65,000 untuk semua pelanggan CBP menerusi kempen 11.11 yang bermula dari 1 November 2022 sehingga 30 November 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, promosi 11.11 ini diadakan berikutan sambutan menggalakkan yang diterima daripada pelanggan CBP menerusi promosi sama yang diadakan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya untuk promosi kali ini, CBP mensasarkan pelanggan baharu terutama wanita yang mendapatkan Pembiayaan Peribadi-i di CBP.

"Hadiah utama yang ditawarkan adalah Samsung Galaxy Tab A dan juga baucar barangan kemas yang boleh ditebus di kedai barangan kemas terpilih.

"Untuk melayakkan mereka memenangi hadiah yang ditawarkan ini, ia mestilah permohonan baharu yang diterima dalam bulan November dan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh CBP," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, CBP menawarkan pelbagai produk perbankan yang diperlukan oleh masyarakat dan dengan adanya promosi ini, ia mengembangkan lagi sasaran pelanggan.

"Orang ramai yang berminat mendapatkan pembiayaan peribadi atau pembiayaan lain boleh berkunjung ke 29 cawangan CBP di seluruh negara sepanjang November ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 November 2022 @ 6:20 AM