WONG  (tiga dari kanan), Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Zanny Liu (empat dari kiri) ketika majlis pelancaran Gummies dengan Multivitamin.  - Gambar NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
WONG (tiga dari kanan), Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Zanny Liu (empat dari kiri) ketika majlis pelancaran Gummies dengan Multivitamin. - Gambar NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Kuala Lumpur: Haleon Malaysia melancarkan Scott's Gummies dengan multivitamin varian baharu berperisa mangga bagi membantu menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas.

Pengurus Besar Kluster Haleon MSB dan Indo-China, Bryan Wong berkata, perisa baharu itu menyertai rangkaian perisa sedia ada seperti perisa epal dan tropika.

Katanya, Scott's Gummies dengan Multivitamin diperkaya dengan Vitamin A, B6, C, D, E dan Zink dirumus khas untuk kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas.

"Apabila bercakap tentang makanan atau vitamin, kanak-kanak agak memilih kerana mereka biasanya mempunyai pilihan rasa tertentu.

"Oleh itu, kami memastikan Scott's Gummies dengan Multivitamin memberi manfaat mikronutrien yang penting pada tahap optimum kepada kanak-kanak dalam perisa menarik yang sesuai dengan cita rasa mereka," katanya pada majlis pelancaran Gummies Multivitamin Varian Baru Berperisa Mangga di Pavillion Bukit Jalil, di sini, semalam.

Berdasarkan IQVIA, Scott's ialah jenama nombor satu di Semenanjung Malaysia bagi Kategori Makanan Tambahan Kesihatan Kanak-Kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak).

Wong berkata, Scott's juga bekerjasama dengan Watsons Malaysia dalam usaha menjadikan produk Scott's mudah diakses oleh pengguna di seluruh negara.

Katanya, pengguna akan menikmati diskaun istimewa apabila membeli rasa baharu Scott's Gummies dengan Multivitamin daripada Watsons.

"Selain itu, pengguna yang membuat pembelian RM100 dan ke atas akan menerima hadiah selimut bercorak buaya. Promosi eksklusif ini bermula 15 September dan akan berakhir pada 26 Oktober depan," katanya.

Scott's Gummies dengan Multivitamin dalam pelbagai perisa dijual pada harga runcit yang disyorkan RM46.50 untuk satu botol berisi 60 biji atau RM12.60 untuk satu pek 15 biji dan ia boleh didapati di semua farmasi utama.

Sempena pelancaran itu, sumbangan akan diberikan kepada Smile Train, sebuah organisasi antarabangsa yang menyediakan pembedahan pembetulan untuk kanak-kanak yang sumbing bibir dan lelangit.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri pelakon dan pengacara Scha Alyahya, yang turut berkongsi pandangan tentang pilihan Scott's Gummies dengan Multivitamin untuk anaknya.

Majlis turut menampilkan pelancaran musim terbaru rancangan permainan realiti popular Generasi Z musim kedua dan The Z Power musim ketiga di mana kanak-kanak berusia 11 hingga 13 tahun bersaing dalam pelbagai aktiviti mencabar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2022 @ 8:01 AM