Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San.
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San.
FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Bisnes HM


Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS) mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.36 bilion, meningkat sebanyak 24.4 peratus tahun ke tahun bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FYE2021).

Ia adalah pendapatan tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.

Bagi tempoh sama, LBS mencatatkan keuntungan bersih RM118.70 juta, meningkat 76 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (Q4FYE2021), Kumpulan merekodkan untung bersih RM46.38 juta, meningkat 41 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatan dicatatkan sebanyak RM441.84 juta, meningkat 50 peratus tahun ke tahun.

Prestasi FYE2021 yang kukuh ini didorong oleh usaha inovatif Kumpulan dalam inisiatif pendigitalan dan pelancaran Laman Hartanah Virtual LBS, Kempen Raikan Rezeki Bersama LBS dan Kempen Digital Vacci-Nation Bonanza yang diterima baik oleh orang ramai.

Dari segi pembangunan hartanah, yang menjadi penyumbang pendapatan utama LBS, pendapatan dicatatkan sebanyak RM1.3 bilion, iaitu kenaikan 26 peratus tahun ke tahun.

Kenaikan ini didorong dari kadar pengambilan yang baik, dan kemajuan pembinaan yang stabil di projek yang sedang berjalan seperti Residensi Bintang Bukit Jalil; Taman Perindustrian Alam Awana, Cameron Centrum; KITA @ Cybersouth dan LBS Alam

Perdana.

LBS mempunyai 18 projek pembangunan yang sedang berjalan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5.3 bilion serta bank tanah seluas 2,744 ekar, setakat 31 Disember 2021, yang akan memastikan pengurusan syarikat aktif beroperasi untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Manakala jualan tidak dibil sebanyak RM2.30 bilion akan memberikan pulangan secara positif untuk tempoh dua ke tiga tahun ke hadapan.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San.
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Mengulas mengenai keputusan itu, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, FYE2021 menjadi tahun luar biasa untuk LBS.

"Jumlah keuntungan kami mencapai paras yang tertinggi.

"Oleh itu, saya berharap keputusan kewangan LBS ini akan menjadi suatu kenyataan hala tuju LBS di dalam melangkah ke hadapan di samping mengekalkan kepercayaan pemegang saham terhadap usaha LBS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pada tahun 2021, Kumpulan melepasi sasaran jualan hartanah sebanyak 31 peratus, mencecah RM1.58 bilion berbanding sasaran awal sebanyak RM1.20 bilion.

"Ini adalah permulaan yang baik untuk 2022. Pembangunan hartanah kekal menjadi perniagaan teras

kami.

"Oleh itu, LBS telah menetapkan sasaran jualan yang lebih tinggi pada 2022 iaitu sebanyak RM1.6 bilion dengan menyasarkan 14 projek baru dengan GDV RM1.77 bilion.

"Kami yakin projek-projek ini bakal mendapat sambutan menggalakkan, berikutan lokasinya yang strategik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Februari 2022 @ 6:47 PM