PROJEK Transformasi Perusahaan Industri Getah (Target) bakal  meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan menjamin bekalan getah berkualiti kepada industri pembuatan produk getah negara.
PROJEK Transformasi Perusahaan Industri Getah (Target) bakal meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan menjamin bekalan getah berkualiti kepada industri pembuatan produk getah negara.

Kuala Lumpur: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) berharap pekebun kecil getah di Kedah dapat meningkatkan kualiti dan pendapatan mereka dengan terbabit serta menyokong program yang dilaksanakan kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia.

KPPK dalam satu kenyataan berkata, Kedah antara negeri penanaman getah terbesar di Malaysia berkeluasan 93,000 hektar yang diusahakan oleh 68,370 pekebun kecil.

Antara projek dijalankan kerajaan untuk pekebun kecil Projek Transformasi Perusahaan Industri Getah (Target) yang menjadi projek pembangunan Pusat Pemprosesan Getah Krip Berkelompok di seluruh negara dan bakal diperkenalkan kepada industri huluan getah.

"Projek ini secara keseluruhannya dapat menjayakan transformasi sektor pekebun kecil dengan merealisasikan rantaian nilai bersepadu bekalan getah berskala komersial dengan pendekatan pemprosesan berkelompok dan perkongsian keuntungan secara bersama pada peringkat pekebun kecil, koperasi dan usahawan," kata kementerian itu.

Selain meningkatkan kualiti getah dihasilkan, KPPK berkata, projek itu dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan menjamin bekalan getah berkualiti kepada industri pembuatan produk getah negara.

Pekebun kecil juga digalakkan memperbaharui kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) yang menjadi kad pendaftaran pekebun kecil selewat-lewatnya sebelum 31 Disember 2021.

"Melalui kad ini, pekebun kecil yang berkelayakan dapat menerima bantuan dan insentif yang diberikan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa seperti Insentif Pengeluaran

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 7:05 AM