BAUCAR yang diberikan kepada penerima vaksin.
BAUCAR yang diberikan kepada penerima vaksin.

MCDONALD'S Malaysia menawarkan tiga juta kopi Americano kepada mereka yang lengkap divaksinasi sempena Bulan Kopi Antarabangsa.

Untuk mengukuhkan lagi semangat bersatu padu, restoran khidmat segera ini juga memperkenalkan 3.5 juta cawan eksklusif #KitaBoleh untuk McCafé di seluruh negara bagi menceriakan rakyat Malaysia dan mengingatkan mereka untuk terus sama-sama berdiri teguh dalam susah dan senang.

Baucar untuk McCafé Americano diagihkan kepada individu yang menerima vaksin di 75 pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara mulai pertengahan September lalu.

Minuman berkenaan boleh ditebus dengan mana-mana pembelian produk McDonald's sehingga 31 Disember depan.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar berkata, untuk terus meningkatkan semangat juang, pihaknya memberikan baucar McCafé Americano percuma di PPV terpilih di seluruh negara sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menjalankan tanggungjawab dengan mendapatkan vaksinasi.

"Kami komited menyokong masyarakat dengan apa juga cara dan antaranya melalui minuman kopi yang menjadi kegemaran pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, untuk terus memberikan keseronokan kepada rakyat Malaysia, pelanggan hanya perlu membayar RM1 untuk menukar minuman mereka kepada Iced Latte dengan setiap pembelian McValue Meal.

"McCafé diperkenalkan pada 2012 untuk membawakan pengalaman espresso dan kopi premium berkualiti tinggi kepada semua rakyat Malaysia dengan harga berpatutan.

"Kopi berkualiti yang disediakan barista terlatih kami boleh dinikmati pada bila-bila masa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Oktober 2021 @ 7:30 AM