Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

SITUASI ekonomi terkini menyebabkan fungsi pajak gadai Islam Ar-Rahnu sudah berubah.

Ia bukan sahaja bagi golongan yang memerlukan wang secara kecemasan, malah turut menjadi pilihan utama bagi ahli perniagaan memperoleh modal pantas bagi mengembangkan operasi.

Pemangku Ketua Ar-Rahnu Express, Zia Mohzani berkata, tidak semua pelanggan yang datang ke pusat pajak gadai membabitkan isu kesempitan w

ang.

Beliau berkata, ada peningkatan urusan pajak gadai bagi mendapatkan modal pinjaman membuka perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menurutnya, kaedah ini lebih mudah dan pantas berbanding membuat pinjaman bank kerana pelanggan dapat segera menebus barang kemas berkenaan sebaik memperoleh keuntungan daripada perniagaan mereka.

"Mungkin sebelum ini, masyarakat umum kurang kesedaran berkenaan dengan kelebihan perkhidmatan pajak gadai Islam Ar-Rahnu.

"Masyarakat sekarang lebih bijak dan arif berkenaan dengan nilai barang kemas mereka dan mempunyai akses kepada maklumat yang lebih luas. Kami sentiasa menerima pertanyaan melalui hotline daripada pelanggan mengenai nilai emas semasa dan juga perkhidmatan ditawarkan.

"Setiap gadaian di bawah Ar-Rahnu adalah berprinsip syariah di mana perjanjiannya adalah telus dan pelanggan akan diberikan Surat Akuan Gadai," katanya.

Menurutnya, dalam perjanjian Ar-Rahnu, pinjaman yang diberi tidak dikenakan interest (faedah) iaitu riba, di mana ia diharamkan oleh Islam.

"Lebih utama nilai gadaian bagi barang kemas mereka adalah dijamin dengan insurans dan disimpan selamat di dalam peti keselamatan dengan bantuan alat penggera dan kamera litar tertutup (CCTV). Kami pastikan keadaan barang kemas anda dijaga dengan rapi mengikut prosedur operasi standard (SOP) kami di mana mutu dan berat barang kemas tidak berubah sepanjang tempoh gadaian.

"Ini berikutan proses timbang dan penilaian dilakukan secara telus di hadapan pelanggan menggunakan peralatan khas," katanya.

Menurutnya, Ar Rahnu Express sudah 11 tahun bertapak dalam industri pajak gadai Islam dengan lapan cawangan di seluruh negara.

Beliau berkata, Ar-Rahnu Express menawarkan caj upah simpan yang berpatutan dibandingkan dengan pajak gadai Islam dan pajak gadai konvensional yang lain.

"Di Ar Rahnu Express, kami melakukan proses pajak gadai secara bersemuka dengan menyatakan terma dan syarat secara jelas dan telus. Tambahan pula, kami memastikan urusan pelanggan serta data peribadi pelanggan dijaga baik," katanya.

AR-Rahnu Express adalah pajak gadai Islam di Malaysia yang menerima pelbagai barangan emas, berlian serta barangan yang bernilai prinsip berteraskan Syariah.
AR-Rahnu Express adalah pajak gadai Islam di Malaysia yang menerima pelbagai barangan emas, berlian serta barangan yang bernilai prinsip berteraskan Syariah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 7:00 AM