PAKEJ Rangsangan Ekonomi mengurangkan sebarang kesan buruk yang timbul berikutan penularan Covid-19 dan ketidaktentuan luaran yang lain. FOTO Asyraf Hamzah
PAKEJ Rangsangan Ekonomi mengurangkan sebarang kesan buruk yang timbul berikutan penularan Covid-19 dan ketidaktentuan luaran yang lain. FOTO Asyraf Hamzah
BERNAMA

PAKEJ Rangsangan Ekonomi 2020 yang dinanti-nantikan akan diumumkan seperti yang dijadualkan oleh Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad pada jam 4 petang esok di Putrajaya.

Jemputan media daripada Kementerian Kewangan mengesahkan acara itu.

Terdahulu, Dr Mahathir menulis di Twitter bahawa beliau telah menghadiri mesyuarat dengan pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Kewangan berhubung pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi itu.

Pakej itu bertujuan untuk merangsang ekonomi Malaysia dan mengurangkan sebarang kesan buruk yang timbul berikutan penularan Covid-19 dan ketidaktentuan luaran yang lain.

Bantuan ekonomi itu dirangka terutamanya untuk sektor penerbangan, peruncitan dan pelancongan bagi mengurangkan kesan buruk daripada jangkitan koronavirus, yang berasal dari Wuhan, China.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Februari 2020 @ 6:31 PM