PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (empat dari kiri) bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming (tiga dari kanan), Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali (tiga dari kiri) dan tetamu kehormat menunjukkan buku Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2020 pada Majlis Pelancaran Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2020 di Menara MITI, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad

Lizam Ridzuan

DASAR Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) mensasarkan negara menjadi pendahulu serantau dalam pembuatan, kejuruteraan teknologi dan kemampanan pembuatan sektor automotif yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, NAP 2020 menumpukan kepada kajian teknologi baru, penyediaan peluang kerja dan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rantaian di antara sektor mobiliti dan automotif.

“Ekosistem sektor pembuatan dan selepas pasaran akan diperluas dengan fokus kepada Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV), Mobiliti sebagai Perkhidmatan (MaaS) dan Revolusi Industri 4.0 dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2020 sehingga 2030,” katanya dalam ucaptama pelancaran NAP 2020 di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain selari dengan kemajuan teknolgi terkini, NAP 2020 juga akan menambahbaik dan pelaksanaan polisi sedia ada di antara rantaian pembekal domestik dan global.

NAP 2020 kini dengan tiga hala tuju baru meliputi tiga kategori yang mengandungi tujuh ‘roadmaps’ untuk lebih perician kepada pelan pelaksanaan.

Arah tuju itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Pelaburan dan Meluaskan Pasaran.

Tiga strategi NAP 2020 pula dengan Pembangunan Rantaian Nilai, Pembangunan Modal Insan dan Keselamatan, Alam Sekitar dan Kepenggunaan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 12:48 PM