RAFIQ
RAFIQ
Alzahrin Alias

Kuala Lumpur: Media Prima Digital Sdn Bhd (MPD) menerusi anak syarikat milik penuhnya, REV Asia Holdings Sdn Bhd (REV Asia) mengambil alih 25 peratus pegangan dalam Monster Scape Sdn Bhd, pemilik dan penerbit portal berita sosial berbahasa Cina, TanTanNews (www.tantannews.com).

Sebahagian daripada perjanjian itu, REV Asia akan mewakili portal berita dalam talian terbabit sebagai rakan Penjualan Semula Pengiklanan Eksklusif.

TanTanNews adalah portal berita media sosial dan kandungan berbahasa Cina yang fokus kepada berita terkini dan cerita semasa berkaitan hiburan, pelancongan, fesyen serta gaya hidup.

Dilancarkan pada 2013, ia berkembang menjadi jenama terkenal dan menjadi sumber pelawat dari Malaysia dan serantau.

Ketua Pegawai Eksekutif MPD, Rafiq Razali berkata, berdasarkan kepada Google Analytics, TanTanNews merekodkan 2.8 juta paparan halaman dan 1 juta pengguna pada November 2018.

“Kami mengalu-alukan TanTanNews ke rangkaian berbahasa Cina kami.

“Kami yakin pengambil alihan ini mengukuhkan kedudukan MPD sebagai syarikat media digital terbesar kerana ada permintaan tinggi untuk kandungan berbahasa Cina daripada audiens dan pengiklan kami.

“Ia dilihat peluang untuk penyelesaian lestari bagi menghasilkan pendapatan lebih baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 11:00 AM