JURUTERBANG dan kru kabin Batik Air pada majlis ketibaan penerbangan sulung Batik Air dari Indonesia ke Kota Kinabalu, semalam.
JURUTERBANG dan kru kabin Batik Air pada majlis ketibaan penerbangan sulung Batik Air dari Indonesia ke Kota Kinabalu, semalam.
HM Digital

Kuala Lumpur: Batik Air, syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dari Indonesia secara rasmi memulakan penerbangan terus sebanyak dua kali seminggu dari Lapangan Antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia (CGK) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) selepas kejayaan penerbangan pertamanya, semalam.

Kota Kinabalu dipilih sebagai destinasi baru bagi syarikat penerbangan itu sebagai sebahagian pelan perluasan rangkaian antarabangsanya di mana ia turut terbang ke dua destinasi baru di Indonesia iaitu Silangit di Utara Sumatera dan Labuan Bojo di Kepulauan Flores, Timur Tenggara.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports), Datuk Badlisham Ghazali berkata, pihaknya berbesar hati untuk menyaksikan satu lagi syarikat penerbangan menjadikan Kota Kinabalu sebagai destinasi mereka.

Pergerakan trafik jumlah penumpang keseluruhan di BKI mencatatkan pertumbuhan baik kepada 7.3 juta bermula Januari hingga November lalu iaitu peningkatan 11.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu manakala pergerakan trafik penumpang antarabangsa seramai 2.3 juta dalam tempoh masa sama iaitu peningkatan 22.1 peratus berbanding tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2017 @ 1:05 AM