SARINA menunjukkan set kombo Syok Cosmetics.
SARINA menunjukkan set kombo Syok Cosmetics.
Norhadiani Baharom

Kuala Lumpur: Syok Cosmetics yang pada mulanya diwujudkan untuk membantu usahawan kecil-kecilan tambah pendapatan dan tampil menarik kini mampu tersenyum bangga apabila produk ditawarkan semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar alat solek.

Pengasasnya Sarina Shafie berkata, pihaknya memperkenalkan bedak asas Syok Foundation secara dalam talian selain menganjurkan kelas solekan percuma.

“Niat kami pada mulanya untuk berbakti kepada orang kampung yang kebanyakan suri rumah dan peniaga kecil-kecilan. Ada dalam kalangan mereka kurang mengambil berat soal penampilan ketika bertemu pelanggan.

“Ia membuatkan saya dan adik Noor Shuhada terpanggil menganjurkan kelas solekan secara percuma.

“Ketika itu kami belum ada pejabat dan menjual bedak asas saja. Jadi kelas solekan kami anjurkan menggunakan dewan restoran. Kami menyediakan kemudahan termasuk lokasi, barang solekan untuk kegunaan peserta sehingga makan minum,” katanya.

Menurutnya, disebabkan ia dianjurkan percuma, maka kelas yang diadakan mendapat sambutan hangat.

“Malah, Syok Foundation yang digunakan peserta untuk menyolek mendapat pujian ramai kerana keupayaan menutup cela secara menyeluruh di samping tekstur ringan walaupun bersifat creamy tanpa perlu menggunakan bedak kompak. Bila mereka berpuas hati dengan kualiti produk dan gembira kelihatan cantik, maka daripada situ timbul keyakinan diri hingga sedia menjadi ejen dan stokis,” katanya.

Oleh kerana sambutan diterima, pihaknya mengenakan sedikit bayaran pada sesi seterusnya iaitu mereka hanya perlu membeli Syok Foundation berharga RM38 dan layak menyertai kelas solekan.

Mengusahakan perniagaan ini secara dalam talian bermula Oktober 2016 menerusi laman sosial Facebook dan Instagram (@syokcosmetics) mereka membuka ibu pejabat Syok Cosmetics di Alor Setar empat bulan kemudian.

“Kami turut menawarkan pelembab wajah Syok Magic Honey dan terbaru Syok Mascara,” katanya.

Mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rangkaian produk Syok Cosmetics boleh dibeli secara berasingan ataupun set kombo yang mengandungi bedak asas, berus kabuki dan pelembab wajah dengan harga RM85.

Pembelian mascara berharga RM48 didatangkan bersama pengetip bulu mata secara percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 8:47 AM